|
SKBU 2 BOLEH
Info Lencana
Saiz : 2.3 cm x 3.0 cm
Legen : Nilai-nilai lebah
- Rajin
- Gigih
- Berani
- Tahap bekerjasama yang
tinggi
- Boleh bekerjasama dalam
keadaan yang harmonis.
- Berusaha sehingga
mencapai kejayaan
LOGO BAGI LENCANA SEKOLAH INI TELAH DIILHAMKAN OLEH ENCIK KHALID BIN ELIAS PADA 1994. BELIAU MERUPAKAN GURU BESAR YANG KEDUA SEKOLAH INI. SETERUSNYA IA DILUKIS OLEH ENCIK SASIDARAN A/L GOVINDAN YANG MERUPAKAN GURU AKADEMIK MENGAJAR MATA PELAJARAN MATEMATIK.
SEJARAH SEKOLAH
1. Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru telah dibuka pada 15 April 1990. Pada awal penubuhannya, sekolah ini merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Kompleks UDA, Johor Bahru. Mempunyai pentadbiran sendiri pada 1 Mei 1990 apabila guru besar dilantik bertugas di sekolah ini.
2. Sekolah ini dibina di bawah projek Kementerian Pendidikan Malaysia dan dimulakan pada tahun 1988 dengan nilaian projek kurang RM 2.5 juta. Sekolah ini terletak di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, Johor Bahru dengan keluasan tapak 4 ekar.
3. Pada awal pembinaan, kemudahan fizikal (bangunan) terdiri daripada 1 blok kantin dan 2 blok 3 tingkat yang mengandungi pejabat, bilik guru besar dan penolong kanan, 20 bilik darjah, pusat sumber, musollah, bilik kesihatan, bilik kaunseling, kedai buku,bilik guru, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan stor am.
4. Pada tahun 2000, tambahan 1 blok bangunan 4 tingkat dibina untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah
5. Kemajuan pesat Bandar Raya Johor Bahru menyebabkan sekolah ini berkembang dengan cepat. Bilangan pelajar dan guru bertambah dua kali ganda menjelanga tahun 2002.
6. Perkembangan Bandar Raya Johor Bahru yang menekankan sektor perindustrian perkhidmatan dan perdagangan berasaskan kepada sains dan teknologi dan ekonomi menuntut sekolah ini memberi penumpuan kepada aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang selari dengan perkembangan tersebut.
7. Semasa sekolah ini dibuka pada 15 April 1990, bilangan guru ialah 25 orang dan 3 orang kaki tangan sokongan yang terdiri daripada 2 orang pambantu tadbir dan seorang pembantu am rendah. Jumlah pelajar seramai 500 orang.
8. Menjelang tahun 2002,bilangan guru bertambah kepada 82 orang dan kaki tangan pula seramai 5 orang iaitu 3 orang pembantu tadbir dan 2 orang pembantu am rendah. Jumlah pelajar meningkat kepada 1810 dan meningkat dari tahun ke tahun.
9. Dalam bidang akademik, pencapaian SK Bandar UDA 2 amatlah membanggakan terutama dalam bidang peperiksaan UPSR. Sebagai sekolah yang sentiasa mementingkan kejayaan dan disiplin, SK Bandar UDA 2 amatlah prihatin dengan murid - murid terutama guru - guru yang sentiasa komited terhadap kerjaya pendidikan yang sentiasa bertungkus lumus untuk memajukan sekolah dalam pelbagai aspek agar SK Bandar UDA 2 Johor Bahru menjadi role model kepada sekolah - sekolah lain.

Bendera Sekolah
Bendera Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2 telah diilhamkan oleh En Hairunizad b Harun yang merupakan guru matematik pada tahun 2006 bendera ini telah digunakan sehingga hari ini Telah menjadi kebanggaan warga SKBU2
Lagu Sekolah
Sekolah Bandar UDA2 Sekolah yang kucintai Nyaman bersih indah berseri Aman damai di hati Di sini kami dididik Di sini kami diasuh menjadi insan berguna Pada Agama dan Bangsa
Guru yang amat dedikasi Mendidik membelai mesra Bagai suria memancar bumi Bercahaya sentiasa Hadapi semua cabaran Demi wawasan yang murni Kemana jua destinasi Kau jadi kenangan abadi
Visi Sekolah
Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2 menjadi sekolah terbilang dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2009
Misi Sekolah
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Matlamat Sekolah
Melahirkan insan yang mencintai ilmu mengamal dan menghayatinya sebagai murid yang cemerlang serta menyemai semangat cintakan agama dan negara disamping memupuk,menerap dan memperkukuhkan nilai-nilai murni
Piagam Sekolah
Piagam Pelanggan Sekolah Kebangsaan Bandar UDA 2 Johor Bahru
Kami warga Sekolah Bandar UDA 2, Johor Bahru dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara
2. Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktiviti.
3. Memastikan semua kanak - kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan murid, masyarakat (ibu bapa) dan negara/kerajaan.
6. Menentukan segala surat kepada sekolah diberi jawapan dengan segera.
7. bersedia memberi penerangan dan meklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
8. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan , syor dan teguran yang membina dari semua pihak dan meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik
Ikrar Guru
BAHAWASANYA KAMI GURU - GURU SK BANDAR UDA 2 DENGAN INI BERIKRAR DAN BERAZAM DENGAN SATU TEKAD MENJADIKAN SEKOLAH INI SEKOLAH GEMILANG DALAM BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
KAMI BERJANJI AKAN MEMASTIKAN KEJAYAAN BERTERUSAN MENCURAH TENAGA DAN USAHA KAMI DEMI MENCAPAI KELULUSAN 100% DALAM UPSR
KAMI JUGA BERIKRAR AKAN MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG SEIMBANG DARI SEGI INTELEK ROHANI, EMOSI DAN JASMANI SELARAS DENGAN KEHENDAK PIPP BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN
KAMI AKAN MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN DEMI MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA |